Pengumuman / Announcement !
1) Pengumuman ini khas kpd mereka yg ingin membeli secara borong/pukal dari kirana anggun. Apa yg boleh anda lakukan, cuma hubungi wani di FB, email atau call wani terus seandainya ingin berbincang tentang pembelian sebarang produk atau item dr KA secara borong. Kini, kami menerima sebarang order secara borong baik sbg door gift perkahwinan atau function2 tertentu..
2) Kepada semua customer/kawan2 yg wani hargai, proses dan prosedur utk order item di kirana anggun sangat mudah. Cuma isi form di blog ini, dan wani akan reply semua order anda melalui email atau facebook (inbox). Jadi sila cek email atau FB anda selepas membuat order ya..
Assalamualaikum wbt & Good day everyone :)
Like Kirana Anggun on Facebook
Order Form
Html form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Inner syria awning (jun) ada lagi?
Inner syria awning sekarang available di Kirana Anggun dgn semua variety warna. Saya baru restock minggu lepas :)
PEMAKAIAN SELENDANG WARDINA - teknik 1

TEKNIK 1 - pakai selendang ala tudung CT~
2) Letakkan selendang di atas anak tudung tadi dan pastikan panjang kedua-dua belah kiri dan kanan adalah sama panjang.
3 & 4) Ambil selendang di sebelah kanak dan letakkan di atas bahu sebelah kiri.
5) Lakukan perkara yang sama di sebelah kiri.
6) Sematkan kerongsang di atas selendang di kedua-dua belah bahu.
7) Pastikan anda meletakkan satu lagi kerongsang atau jarum peniti di atas kepala anda bagi menyematkan selendang dan anak tudung.
8) Inilah hasilnya. Untuk keputusan yang lebih baik, pakailah anak tudung yang sedondon dengan baju di dalam atau warna yang selamat seperti hitam, supaya tampak lebih kemas. =)
Pelbagai teknik utk pakai Tudung CT- teknik 2

Teknik 2 - Labuh Menutup Dada
2) Pakai tudung CT macam biasa di atas anak tudung tadi. Kalau anda ingin pakai cara Siti, inilah hasilnya. Hanya dua step sahaja.
3) Step 3 adalah bagi tujuan menutup dada supaya tidak jatuh seperti dalam gambar rajah dua. Seandainya anda memakai baju yang berleher luas, gaya ini sangat sesuai untuk dipraktikkan. Sematkan kerongsang pada tudung CT tadi.
4) Sudah siap!!!~ kini anda sudah bersedia untuk keluar. Selamat mencuba!
Cara memakai selendang - Teknik 3
1) Pakai anak tudung seperti biasa.
2) Letakkan selendang di atas anak tudung dan pastikan pembahagian selendang di sebelah kanak dan kiri haruslah satu lebih panjang, dan satu lebih pendek. (ikut pada keselesaan pemakai)
3) Pinkan selendang dengan kerongsang.
4) Ambil selendang di bahagian yang lebih panjang untuk dililit ke belakang.
5) Kemaskan selendang dengan menarik bahagian yang panjang itu supaya tiada kedutan di tudung.
6) Sematkan pin di belakang kepala, antara selendang dan anak tudung supaya selendang tersemat kemas.
7) Biarkan dulu bahagian yang panjang tadi, seterusnya ambil bahagian selendang yang pendek dan bawanya ke bahagian bahu yang bertentangan.
8) Sematkan dengan kerongsang atau jarum peniti untuk sementara. Ini kerana, kita akan sematkan bahagian yang panjang tadi di atas bahagian selendang tang pendek.
9) Ambil bahagian selendang yang panjang dan letakkan ke atas bahagian selendang yang pendek tadi.
10) Sematkan kemas-kemas dengan kerongsang. Pastikan bentuk selendang di hadapan dada itu menjadi segi tiga yang kemas dan cantik.
11) TADAAA!!!~ dah siap! =) Selamat mencuba!!





























