Pengumuman / Announcement !

1) Pengumuman ini khas kpd mereka yg ingin membeli secara borong/pukal dari kirana anggun. Apa yg boleh anda lakukan, cuma hubungi wani di FB, email atau call wani terus seandainya ingin berbincang tentang pembelian sebarang produk atau item dr KA secara borong. Kini, kami menerima sebarang order secara borong baik sbg door gift perkahwinan atau function2 tertentu..

2) Kepada semua customer/kawan2 yg wani hargai, proses dan prosedur utk order item di kirana anggun sangat mudah. Cuma isi form di blog ini, dan wani akan reply semua order anda melalui email atau facebook (inbox). Jadi sila cek email atau FB anda selepas membuat order ya..

Assalamualaikum wbt & Good day everyone :)

Baby stuffs are here under the label of Kirana Anggun Junior! Enjoy your shopping with our crazy, affordable and irresistible prices & offers :D

Like Kirana Anggun on Facebook

Order Form

Html form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Wednesday, November 11, 2009

Cara memakai selendang - Teknik 3

Hi kawan-kawan...ini bukan tudung CT ye tp selendang Wardina =) Sbb ada permintaan untuk selendang, saya akan tunjukkan juga cara pemakaian selendang walaupun produk yang cuba saya ketengahkan adalah tudung CT. Tp, lepas ini mungkin saya akan dapatkan stok selendang juga kalau ada permintaan.

Teknik 3 - Selendang dengan depan berbentuk 3 segi menutup dada.

1) Pakai anak tudung seperti biasa.
2) Letakkan selendang di atas anak tudung dan pastikan pembahagian selendang di sebelah kanak dan kiri haruslah satu lebih panjang, dan satu lebih pendek. (ikut pada keselesaan pemakai)
3) Pinkan selendang dengan kerongsang.
4) Ambil selendang di bahagian yang lebih panjang untuk dililit ke belakang.
5) Kemaskan selendang dengan menarik bahagian yang panjang itu supaya tiada kedutan di tudung.
6) Sematkan pin di belakang kepala, antara selendang dan anak tudung supaya selendang tersemat kemas.
7) Biarkan dulu bahagian yang panjang tadi, seterusnya ambil bahagian selendang yang pendek dan bawanya ke bahagian bahu yang bertentangan.
8) Sematkan dengan kerongsang atau jarum peniti untuk sementara. Ini kerana, kita akan sematkan bahagian yang panjang tadi di atas bahagian selendang tang pendek.
9) Ambil bahagian selendang yang panjang dan letakkan ke atas bahagian selendang yang pendek tadi.
10) Sematkan kemas-kemas dengan kerongsang. Pastikan bentuk selendang di hadapan dada itu menjadi segi tiga yang kemas dan cantik.
11) TADAAA!!!~ dah siap! =) Selamat mencuba!!

P/S: GAMBAR RAJAH SEPERTI DI BAWAH

0 comments:


 

Template by Web Hosting Reviews